Puding Karamel Coklat
Rutin harian bagi seorang ibu pastinya amat meletihkan.Selain melayani karenah anak-anak,perlu juga ke dapur untuk memasak.Perkara ini perlu dilalui oleh setiap ibu yang kini aktif dengan tugasan harian.Namun,kesibukan bukan alasan bagi ibu untuk menghidangkan pencuci mulut kegemaran keluarga.Untuk berkongsi resepi yang diwarisi daripada keluarga bolehlah mencuba menyediakan hidangan ini kerana ianya mudah disediakan dan kurang manis.


Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )
- Bahan A :
- 1 tin susu cair
- 5 sudu besar gula
- 3 biji telur Gred A
- 1 sudu kecil esen vanila
- Bahan B :
- 1 tin susu cair
- 5 sudu besar gula
- 3 biji telur Gred A
- 4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
- Bahan C :
- 2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)
Cara-cara
- Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.
- Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang.
- Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak.
- Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis.
- Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan.
- Potong dan hidang.
SUNDAY, 24 MARCH 2013
nakuih.....
![]() ![]() | |||
puding pelangi |
indahnya suasana petang apabila dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Apatahlagi dapat menyajikan sesuatu hidangan istimewa hasil air tangan sendiri. Viariasi kuih muih ini mungkin boleh dijadikan hidangan untuk dinikmati bersama keluarga tersayang pada petang hari.
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 10g serbuk agar2 (blh guna agar2 tali jugak)
- 650ml air
- 180gm gula pasir (saya kurangkn kuantiti gula - blh smpai 160g utk yg versi kurang manis lagi)
- 60gm mentega
- 1 biji telur
- ½ tin susu cair
- 1 sudu makan tepung custard
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1/2 sudu teh vanilla
- pewarna merah dan kuning secukupnya (kalau nak warna2 lain pun boleh)
Cara-cara
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
- Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
- Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....sori ler, puding yg buat ari tu xmcm pelangi sgt baru je msk dlm fridge, anak I stir sket ngan jarinye - xsabor nk mkn :(
No comments:
Post a Comment